05 January 2013

MY STORY. :')

KISAH BENAR INSAN YANG BERNAMA DYG ROHANA BT AWG HAMIT. :)

Sedari kecil lagi aku mmg bercita cita utk jadi org yg b'pelajaran. Idola aku x lain x bukan mestilah kakak sulung aku. Dia pandai, masa sekolah rendah n menengah always jadi best student. selalu dapat tempat teratas dlm kelas. selalu dpt anugerah itu ini sampaikan penuh dkt almari segala macam piala n pingat. and yes, dia memang antara org yg femes masa dia sekolah menengah dulu. biasala, excellent student plusplus pegang byk jawatan itu ini lagi. :)

masa aku kecik, i mean before masuk sekolah rendah, i never went to kindergarten sbb my mum x mampu mau tanggung. I was home school with my lil brother. and our teacher x lain x bukan jga, of course la kakak sulung kami. oleh kerana dia dpt biasiswa, dia selalu belikan mcm2 buku utk kami bdua. and i was so excited mau belajar, siap conteng2 almari baju lg ngan kapur yg si kakak bawa dri sekolah dia. si kakak ni memang garang n tegas, tapi at the same time terasa betul kasih sayang seorang kakak tu masa dia jaga kami dulu. and sampaila sekarang ni. :)

while my big bro pulak always busy dgn kehidupan lelaki dia. hoho. tp walaupun gitu, one thing yg aku ingt berabis ialah masa kecik2 dulu aku sukaaaa sgt jadi ekor abg n kakak2 aku. wherever they go, aku mesti bekeras mau ikut. sampaikan ada masanya mengamuk jga la dorg ma adik dorg ni. haha ;p tp dorg x berani mo sampai tgn sebab our belated grandma always defend me n lil bro. :')

when i was a kid, i've learn to get things the hard ways. sebab hidup susah. makan pun apa yang mampu seja. mau beli baju2 yg mahal2 jauh sekali, kalau ada pun masa raya seja baru merasa. tu pun ada jg masanya kami langsung x sambut raya sebab xda kuih, xda baju raya, and xda kemampuan utk hias rumah mcm org lain. on the first day of Raya, kami tpaksa tutup pintu sebab xda apa2 utk hidang. and yg lagi sedihnya, masa tu mmg agak sikit jga la org yg sudi melawat kami. biasala, miskin tegar kan. huhu. 

masa aku kecik teda tv, teda radio n teda apa2 game tools mcm budak2 lain. so most of the time me n my lil bro pegi taman dpn rumah make friends with jiran2 and play together like no one business. :) aku n adik pernah pungut bekas2 mainan yg jiran2 kami buang. kami tgk masi bagus, kami ambik n bawa balik umah. kasi bersih. teruja sbb ada suda mainan kami :')

kami teda kenderaan. so bila mau pi mana2 of course la jln kaki or naik bus kan. dulu tambang bus murah seja, 50sen seja. x mcm sekarang ni. hehe. bertahun tahun jg kami xda kenderaan. sampaila bila abang aku kerja di dbkk, and dia beli kereta iswara. his first ever car. and masa tu aku form 4 tahun 2005. yes, start tahun 2005 baru kami merasa naik kereta sendiri. kurang jga la beban sikit. 

I still remember, masa mula2 aku mau masuk darjah 1, my mum n dad excited bawa pigi pasar malam cari baju n kasut sekolah. walaupun hakikatnya my mum perlu pinjam duit dri orang semata-mata utk lihat anak dia pegi sekolah mcm anak org lain. :') masa hari pertama, my dad hantar pegi sekolah di SK TG ARU 1 jalan kaki. yeaa, jalan kaki dari sembulan pi tg aru pagi2. sambil bjalan sambil bcerita mcm2 sama my dad. x terasa penat n lenguh sbb happy n excited sbb masuk darjah 1 da :') and bila sampai sekolah, my dad hantar smpai dlm kelas. siap pesan lg jgn nangis2 sbb dia tgu smpai abis kelas. unlike other kids, masa tu aku steady ja. duduk diam2 n x nangis langsung. sampaikan cikgu pun puji. hehe. sepanjang kelas pertama dlm hidup aku tu, aku balik2 tgk d luar kelas. and my dad was there, waiting patiently for me. :') and bila aku balik dari sekolah, mcm2 aku cerita dgn mum n dad aku. excited berabis gituuu.

yg paling xdpt lupa, belanja sekolah aku dulu 50sen ja. kdg2 ja dpt rm1. and selalunya aku bawa bekal pi sekolah, tu pun nasi goreng kicap kosong yg my dad masak. sebab tu ja yg mampu. and aku xda plak rasa sedih ka pa ka. I was the happiest kid to have my dad cooks for me you know. setiapkali time rehat mesti ada la tu my dad dtg pi sekolah naik bus bawa bekal makanan. tu tandanya kami xda belanja sekolah la. and sampai bila2 pun aku xkan lupakan jasa baik makcik aku, (kakak kpd my mum). dia la yg selalu bg aku n adik duit utk belanja. duit lebih dari hasil dia berniaga. x pernah dia lupa mau share sama kami adik beradik sdgkan anak2 dia ramai. :')

and i still remember, setiapkali mau masuk waktu tidur, mesti ada bedtime stories from my dad. mcm2 cerita. and me n lil bro kesukaan berabis mendengar. tapi nda juga mau tidur2 sampaila kena kasi takut pasal antu. :p My mum pulak, wpun penat bekerja, x pernah lupa tanya pasal pelajaran kami. setiap malam mesti dia cek beg and buku2 sekolah kami. kalau ada kerja cikgu bagi, mesti dia ajar itu ini camana mau buat. hee :') pastu setiap hari my mum suru kami rajin2 bersihkan kasut n baju sekolah, belajar berdikari buat sendiri. lagipun dia ckp, kalau x jaga baik2 nanti cepat rosak. x mampu mau beli yang baru. sebab tu la dari kecik sampai sekarang, aku terbiasa utk menjaga brg2. bukan sayangkan harta tp i definitely knew how does it feel to have nothing. 

aku membesar dgn keadaan yg agak susah jga sebenarnya. miskin. yes. org miskin. tapi aku lihat dgn mata sendiri apa yg parents aku buat utk dapatkan kami kehidupan yang selesa, dan serba lengkap mcm apa yang kami miliki sekarang ni. aku lihat dgn mata sendiri betapa siang dan malam parents aku bekerja keras untuk pastikan kami adik beradik belajar setinggi yang boleh. sebab parents aku yakin, melalui ilmu sajala seseorang tu mampu mengubah keadaan diri. 

I've been there. I knew how does it feel to have nothing. for many years, kami hidup serba kekurangan. sebab semua masih sekolah dan masih dibawah tanggungan. tp syukur alhamdulillah, berkat usaha yang berterusan, akhirnya kehidupan kami sekeluarga berubah sedikit demi sedikit bila kakak2  n abang aku bekerja. dan parents aku plak sememangnya x pernah berhenti berusaha. 

bagi aku kehidupan dulu dan kini, memang banyak bezanya. tapi apa yang berharga, pengalaman. sebab x semua org berpeluang utk merasa hal yg sama. and for that, aku bersyukur sebab diberikan kesempatan utk merasa kesusahan sebelum kesenangan. sebab, kerana kesusahan tu la buat aku tekad mau belajar bersungguh sungguh and belajar setinggi yang mampu, seperti yang menjadi impian my mum n dad. dan kerana kesusahan tu juga la aku sentiasa semat d fikiran utk menghargai kehidupan yang kami miliki sekarang ni dan seboleh-boleh jauhi sikap sombong dan suka menunjuk-nunjuk. In Shaa Allah. 

Syukur Alhamdulillah for everything that You gave us Ya Allah. Alhamdulillah. :') And to mum n dad, terima kasih yang x terhingga utk segala pengorbanan :')

No comments:

Post a Comment

Bachelor of Administrative Science (Hons)

Daisypath Graduation tickers