07 March 2013

SABAH IS FOR SABAHAN AND BELONGS TO MALAYSIA.

1 Malaysia dah tau apa yang terjadi dekat Sabah sekarang ni. Sebagai anak jati Sabah, terima kasih tak terhingga buat semua yang mendoakan keselamatan dan keamanan kami di sini. Dan kami rakyat Sabah terhutang budi kepada anggota PDRM dan ATM yang berusaha habis-habisan untuk mengawal dan menjaga keselamatan rakyat Sabah walaupun nyawa sendiri di hujung tanduk. :')

Kepada yang masih juga mau bercakap pasal politik, aku rasa macam mau tampar2 ja muka kamu tu. Nanti dicakap PALUI (istilah Sabahan untuk "bodoh") tau juga kamu mengamuk kunun. Tapi agak2 la weii. Saat2 sekarang ni tiada orang especially we, Sabahan yang berminat mau dengar sebarang debat politik. Ada faham? The main priority for us here in Sabah is to get back our peace, harmony and security in our own land. 

Syukur Alhamdulillah sejak Op Daulat dilancarkan yesterday tiada anggota PDRM or ATM yang terkorban. Sayu, sebak dan rabak hati kecil aku ni setiapkali tgk berita tentang kematian anggota PDRM tempoh hari. Air mata yang susah mau keluar untuk orang lain yang tiada kaitan akhirnya keluar juga. Semoga roh2 mereka ditempatkan bersama para syuhada. Amin. :'( Pengorbanan kamu tidak akan pernah luput dari ingatan kami, sampai bila-bila. 

And to all PDRM and ATM yang masih bertugas, hanya doa yang mampu aku kirim untuk kamu semua. Especially to my BFF's dad, Uncle Sabbas, to my cousin, and to my friends in ATM, semoga Allah melindungi dan memberi kekuatan kepada kamu. Amin. :')

Apapun agama, bangsa, adat, mahupun institusi tidak pernah berbuat salah. Yang berbuat salah ialah ORANGnya. Sila fahami perbezaan tersebut. Contohnya, Islam itu indah dan sempurna, tapi umat Islam tidak. Apa2 kesalahan yang dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya Islam adalah semata-mata dari kekhilafan sendiri. Jangan letakkan kesalahan tersebut pada agamanya yang tidak pernah menyuruh dia berbuat apa2 yang tidak baik. :)

No comments:

Post a Comment

Bachelor of Administrative Science (Hons)

Daisypath Graduation tickers