Oh well. kemarin, 13hb April 2013 merupakan antara tarikh bersejarah jg dlm hidup aku sebab first time ambik exam SPA and paling penting, exam Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD). Gambar? sori la aku ni bukan jenis yang akan terfikir mo bgambar gambar bagai di saat2 genting. hoho. walaupun pegawai SPA yang jaga exam tu xda mention pun pasal x boleh guna hp, but still, dah terbiasa dengan adat istiadat peperiksaan ni. heh~
a day before exam iaitu hari jumaat, punya la smgt aku baca buku2 rujukan PTD yang aku beli guna baucer buku (rujuk gmbr di atas). oleh kerana waktu siang aku sgt2 busy dgn mengajar, so after balik kerja jam6.30 baru la dpt membaca. huu. masa tu terfikir juga, sempat ka juga ni mo membaca. mana mo mengingat lagi. ada juga terfikir xmo dtg, tp peluang gitu bukan selalu datang kan. walaupun baru kena panggil utk exam, tp soal rezeki kita xkan tau kan. So, berusaha dan mencuba ja la jalan terbaik :)
actually buku Logik & Matematik tu la yang SANGAT2 BERGUNA okay. Logik? mesti fikir camni kan, "ala ni mesti pasal benda2 logik ja ni. small matter". well, actually WRONG! Nampak mcm senang tapi sebenarnya lagi susah. senang lagi soalan math sebab logik ni bukannya ada pengiraan. 100% menguji kebolehan otak kita utk mencari jawapan yang betul2 sesuai. okay. jom cerita pasal soalan2 yang aku dah selamat jawab kemarin. hehe.
Exam PTD ni ada 4 bahagian/seksyen. Seksyen A, bagi aku seksyen yang agak mudah kot cuz soalan2 berkisarkan tentang pengetahuan am @ general knowledge pasal Malaysia. Ada 50 soalan berbentuk objektif. Antara isu-isu semasa yang keluar untuk exam kemarin ialah NKRA, NKEA, ASEAN, fungsi-fungsi Bank Negara, akauntabiliti, Banci Penduduk dan Perumahan, jenis2 bantuan under DS Najib administration (BB1M, BR1M, KR1M, PR1MA semua tu), tapak ekologi Asia Pasifik, Hadiah Nobel, Asas2 1 Malaysia, sistem kerajaan dan pentadbiran Malaysia (semua hal2 berkaitan Parlimen, YDPA, Dewan Negara, Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri and so on), tapak warisan dunia yang diiktiraf UNESCO di Malaysia, jenis2 cukai langsung n x langsung. Pendek kata, isu-isu semasa dan persekitaran di Malaysia la. kalau rajin tgk berita, baca news, and follow up apa2 yang berlaku di Malaysia ni, percaya la mmg jawab paper tutup mata ja. :)
Seksyen B pula soalan2 pasal Logik dan Matematik. Yang paling sioknya, aku punya la smgt bawa kalkulator, sekali TIDAK DIBENARKAN guna kalkulator daaa.-.-'' risau dan agak panik jga la masa tu. tapi bila tgk soalan, lega sikit cuz setakat tambah tolak bahagi darab ja. paling byk keluar soalan pasal peratus @ percentage. contohnya, berapakah nilai X selepas diskaun 10% (contoh la. x jga senang begini soalan yang sebenar.hehe). oleh kerana x boleh guna kalkulator, agak kelam kabut juga la aku dibuatnya. huhuk. Ends up ada few questions yang aku hentam ja sebab masa x mencukupi. 40 soalan dalam masa 40 minit and NO CALCULATOR ALLOWED. kalau yang ada otak berfungsi mcm kalkulator tu, mmg xda masalah la. >.< And dalam seksyen ni juga ada soalan2 pasal prinsip Logik dan Silogisme. Haah, bagi aku soalan2 pasal Logik ni la buat aku tambah bingung. Contoh soalan Logik : X lebih tinggi dari Y. Y lebih tinggi dari Z. Z lebih tinggi dari X. Siapakah yang paling tinggi antara X, Y, dan Z? (mmg begini la bentuk soalan utk part Logik & Silogisme). -.-''
Seksyen C pula Esei Bahasa Melayu. yang seksyen ni, hmm, boleh2 la kan aku blurr berfikir mcamana mo construct ayat BM kunun. -.-'' for this seksyen, ada 3 soalan and pilih 1. yang sioknya, jumlah perkataan tidak dihadkan. so, bebas la. untuk exam 13 April kmarin, soalan2 yang keluar ialah Gagasan 1 Malaysia sebagai harapan baru rakyat (ini yang aku jawab) and impak media kepada kehidupan .... (lupa). soalan yang ketiga aku x ingat da.
Seksyen D pula Esei Bahasa Inggeris. Seksyen ni bermula lepas lunch break (12.30-1.30pm) so agak senang hati jga la mo menjawab cuz dapat merehatkan otak for 1 hour. sama juga macam esei BM, ada 3 soalan utk dipilih. soalan2 yang keluar aku x ingat. yang aku ingat cuma soalan kedua, factors contribute to job satisfaction. sebab soalan ni la aku excited mo jawab. hehe. ;p
Masa menjawab? Seksyen A 45 minit (50 Soalan), Seksyen B 40 minit + NO CALCULATOR (40 soalan, okay ini sangat sandi sebenarnya) and sekyen C & D 1jam. kalau diikutkan memang bikin kelam kabut juga tapi apa yang penting keep calm and just answer the question as fast as you could. terutama Math. :)
Apa pun keputusannya, aku redha ja. sebab aku x letak apa2 harapan pun. I just leave it to Allah SWT. kalau rezeki, Alhamdulillah. kalau bukan rezeki, atleast merasa juga kan pengalaman ambik exam PTD yang orang selalu cakap "susah". hehe. ;)
17 Mei nanti baru keluar result. tunggu ja la kan. pendapat aku tentang exam PTD, x susah pun.SERIOUS. cuma soal rezeki memang kita x dapat predict kan. Just wait and keep pray for the best :)





No comments:
Post a Comment