09 May 2013

TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

Hari ni aku attend interview SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27. Alhamdulillah, agak murah rezeki untuk dipanggil interview sejak kebelakangan ini. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki juga untuk bekerja dgn sektor awam :)

Tips? Sebelum aku share soalan2 yang kena tanya tadi, aku nak nasihatkan sesiapa yang akan pegi interview, x kisahla kerajaan atau swasta, PLEASE PREPARE YOUR SCRIPTS. yes, even a good speaker pun pasti ada sediakan script sebelum berucap. Macamana mo prepare? Rajin2 kan la diri untuk search di internet contoh2 soalan wajib interview. kenapa perlu ada scripts? percayalah, bila ada script, anda akan dapat mengawal rasa nervous yang membuak-buak sebelum dan semasa interview. Sebabnya, anda sudah memastikan otak anda bersiap sedia untuk menjawab soalan2 yang mungkin akan ditanya oleh si penemuduga. Let me list down contoh2 soalan wajib yang aku sendiri kena soal tadi. ;)

i) Ceritakan tentang latar belakang anda 
- untuk soalan ni, tidak perlu merapu-rapu dan panjang lebar. Cukuplah anda beritahu tentang nama anda, umur, kelulusan yang anda miliki, pengalaman kerja, pekerjaan sekarang, dan sedikit kebolehan yang anda ada. Paling baik di akhir penjelasan, anda nyatakan hasrat atau keinginan yang tinggi terhadap bekerja di dalam sektor awam. 

ii) Apakah kelemahan anda dalam membuat kerja
-Jangan sesekali nyatakan sesuatu yang sememangnya bersifat negatif. sebaliknya, cuba cari 1 perkara yang boleh dianggap positif. bila interviewer tanya aku soalan ni td, aku jwb camni : kelemahan terbesar saya ialah saya merupakan seorang yang terlalu mementingkan kesempurnaan. Saya cenderung untuk menyemak berulang kali sehingga saya berasa puas hati dan yakin dengan hasil kerja sendiri. 

iii) Deskripsi tugas jawatan yang dipohon
haah. untuk soalan sebegini, sememangnya AKAN DITANYA. so, rajin2 kan la diri untuk cari info tentang jawatan yang dipohon. Paling baik sekiranya anda hafal deskripsi tugas secara menyeluruh. Bear in mind that penemuduga sbnrnya mo tgk sama ada orang yang ditemuduga tu betul2 berminat dgn jawatan yang dipohon atau tidak

iv) Kenapa anda hendak tinggalkan pekerjaan yang sekarang
yang ni agak tricky sebenarnya. so kena la senyum dan jawab secara berhemah. hoho. for this question as well, cuba elakkan dari menyatakan sesuatu sebab yang berunsur negatif. paling senang beritahu penemuduga yang anda memang seronok di tempat kerja tetapi anda dapati pekerjaan tersebut kurang mencabar dan agak mendatar. Anda menginginkan sesuatu yang boleh memberi cabaran terhadap kemampuan diri.

v) Sekiranya anda dipilih dan terpaksa berpindah ke semenanjung, adakah ini menjadi suatu masalah?
and yes, aku mmg dah agak soalan ni akan keluar dari mulut penemuduga. hoho. apa2 pun, kekalkan mood positif dan katakan hal tersebut sepatutnya tidak menjadi masalah sebab boleh memberi cabaran dan nafas baru untuk anda. ataupun, paling skema boleh juga jawab, tidak menjadi masalah sebab sebagai penjawat awam, perlu sentiasa bersiap sedia dengan segala arahan yang diberikan. 

ni la contoh2 soalan yang aku kena soal tadi. walaupun interview kerajaan tapi jangan ingat dalam bahasa Melayu ja okay. macam aku tadi, penemuduga yang perempuan tu tanya boleh atau tidak kalau dia uji kebolehan bahasa Inggeris aku. then aku, okay ja la. sebab sudah set dlm otak jg kan. as expected, soalan in English yang ditanya ialah, Why I should hire you instead of the other candidates? haa. yang ni aku mmg suda prepare baik punyer skrip jawapan so mmg lancar gila la. hoho. 

dan ada 1 lg bentuk soalan yang ditanya td, iaitu berbentuk situasi. soalan begini sebenarnya menguji tahap integriti seseorang. Penemuduga akan bg 1 situasi yang sering berlaku di pejabat dan tanya apa yang akan kita lakukan. macam aku td, si penemuduga bg situasi tentang pekerja bawahan yang jauh lebih tua dan selalu ada masalah disiplin. sebagai PPT apa yang aku akan lakukan? aku jawab, walaupun pekerja tersebut lebih tua, tapi sebagai ketua aku perlu tegur kesilapan yang dilakukan tapi teguran mestilah secara berhemah dan tidak memalukan pekerja tersebut di depan pekerja lain. terus si penemuduga tanya lagi, kalau pekerja tersebut x ambil peduli? aku jawab la, kalau selepas beberapa kali teguran tidak dipeduli, aku perlu ambil tindakan yang tegas terhadap pekerja tersebut. haah yang ni aku teda sedia skrip tp mampu jawab dgn baik sebab aku teringatkan kakak sulung aku yang juga PPT. dia selalu berdepan dgn masalah begitu tapi dia akan selesaikan dgn cara yang berhemah dan baik. :)

Well, aku rasa interview aku tadi berjalan agak lancar. Alhamdulillah. cuma soal rezeki mmg x dpt nak jangka. apa pun keputusannya, aku puas hati sebab sudah beri yang terbaik. :)

Oh myyy. besok mo pi KL. I need my beauty sleep now cuz aku tidak akan dapat tidur dlm flight.  zzzz :)

No comments:

Post a Comment

Bachelor of Administrative Science (Hons)

Daisypath Graduation tickers