10 September 2014

BUSINESSWOMAN & DESSERTS QUEEN

Assalamualaikum readers & silent readers,

Sedar x sedar 1 bulan sudah aku meninggalkan dunia kerjaya atau lebih tepat pekerjaan makan gaji. Bukannya aku tidak mencuba nasib mohon kekosongan jawatan di mana-mana. Setiapkali aku mohon mesti ada panggilan interview.Tapi at the end of the day, aku buat keputusan untuk TIDAK PERGI interview2 tersebut. Mesti ada yang akan cakap, "Rezeki jgn ditolak", "Sayangnya lepaskan peluang" bla bla bla bla. Aku tidak pergi sebab aku sudah buat keputusan. AKU TIDAK MAU KERJA OPIS LAGI. 

Sedari dulu lagi kerja opis bukannya 1 perkara yang menjadi impian hidup aku. Kerja company atau government, dua-dua pun aku x minat sebenarnya. Kerja di pejabat ni sebenarnya cuma impian ibu bapa aku. Yea sebagai ibu dan bapa sudah tentu la mereka mau yang terbaik untuk anak sendiri kan. Dan sudah menjadi pemikiran tipikal orang Malaysia umumnya, kerja di pejabat lebih menjamin masa depan berbanding kerja sendiri atau bisnes. Sebab tu tidak hairan, di Malaysia ni rata-rata ahli masyarakat berlumba-lumba untuk mendapatkan tempat di sektor kerajaan. Sebab kononnya masa depan terjamin dengan pendapatan yang stabil. Pekerjaan di sektor swasta pula cuma menjadi pilihan terakhir atau terdesak. 

Dan aku juga tidak terkecuali untuk berusaha mendapatkan kerja di sektor kerajaan sebelum ni. Sebelum aku buat keputusan konkrit sekarang ni. Semuanya kerana mahu tunaikan impian ibu dan bapa aku. 

Sebelum aku buat keputusan untuk meninggalkan sepenuhnya alam pekerjaan makan gaji, aku sudah bekerja selama 1 tahun 6 bulan. Dalam tempoh tersebut, aku sudah pernah bekerja dengan 3 majikan. Dari lah sekecil-kecil gaji hingga lah gaji yang bersesuaian dengan kelayakan akademik aku. Sepanjang tempoh 1 tahun 6 bulan tu, fokus aku hanyalah untuk dapat gaji setiap hujung bulan dan cuba bantu family aku mana yang mampu. Peritnya menunggu hujung bulan hanya Allah SWT yang tahu. Mana mau fikir tambang bas pulang balik kerja, mana mau fikir duit belanja makan setiap hari. Kalau di pertengahan bulan, atau orang selalu sebut "Bulan Tua", stress x payah cakap la. Memang serasa mau gila tunggu hujung bulan. I've been there. And it is surely sucks.

Bila aku dapat offer kerja di company & majikan ketiga, pada awalnya aku bersemangat sikit sebab gaji yang diberi kira berpatutan dengan kelayakan akademik yang aku ada. Kiranya, kalau di Sabah ni untuk fresh grad aku xla underpaid lagi. Tapi semangat aku cuma untuk seketika apabila company tersebut cuma "indah khabar dari rupa". Yang paling malang, dapat lagi kawan kerja yang perangai betul2 macam evil. Ever watch "Devils Wear Prada" ? Nahh begitu la perangai ex-colleague aku yang sudah pun berumur tapi perangai... hmm. Aku cuma mampu bertahan 2 bulan kerja di company ketiga tu. Aku bukan jenis cepat putus asa tapi bagi aku, buat apa bertahan kalau tidak didengari dan tidak dihargai kan? Lagipun aku tau segala benda yang aku terus terang cakap melalui telefon dan juga segala yang aku taip di surat resignation tu x kena ambik berat pun. Dorang membuktikan stereotaip yang dorang hanya akan tolong bangsa dorang. 

Aku ambil masa hampir 2 minggu juga untuk buat keputusan resign tu. Tapi aku tau aku langsung x rasa menyesal. Sebab sejak aku resign tu, aku dapat libatkan diri sepenuhnya dalam dunia bisnes. Ya dunia bisnes yang sememangnya impian mutlak aku sejak beberapa tahun yang lepas. Bila aku ceburkan diri sepenuh masa dengan berbisnes, aku dpt rasa kepuasan yang maksima bila terima keuntungan setiap hari. Komisen aku sebagai reseller laptop tu sebenarnya tidaklah besar mana. Tapi Alhamdulillah, hampir setiap hari ada kemasukan. Mulanya aku ragu-ragu juga. Keluarga aku jgn cakap la. Hari-hari kot dorang kasi ingat supaya cari kerja secepat mungkin. Hari-hari bagi aku newspaper. Tapi aku nekad. Aku mau buktikan dengan dorang walaupun sekarang ni aku cuma berbisnes secara kecil-kecilan, aku akan mampu bayar bil seperti biasa. Dan untuk bulan pertama aku berbisnes sepenuh masa a.k.a tidak kerja opis, aku mampu sediakan peruntukan untuk bayar bil2 yang menjadi tanggungjawab atau bahagian aku sebelum ni. Sebelum hujung bulan lagi aku sudah siap2 bagi duit untuk bayar bil dengan mama & adik lelaki aku. Aku nampak. Dan aku pasti keluarga aku juga nampak perbezaan yang ketara. Kalau sebelum ni terpaksa tunggu hujung bulan baru terlangsai segala bil. Kadang-kadang terpaksa meminjam lagi kalau duit gaji ada kekurangan. Untuk bulan pertama aku berbisnes, aku mampu sediakan jumlah penuh untuk setiap bil tanpa perlu meminjam. Sebab aku sudah berjanji untuk buktikan yang aku mampu. Walaupun dgn berbisnes kecil kecilan. Alhamdulillah.

Dan yang lagi seronok, sejak aku berbisnes sepenuh masa ni aku mampu untuk melunaskan hasrat shopping aku walaupun semasa Bulan Tua. Tidak perlu tunggu hujung bulan. Untuk bulan pertama berbisnes, entah berapa banyak baju, tudung, beg, buku yang aku sudah beli untuk diri sendiri. Not to mention aku juga belikan hadiah untuk diri sendiri iaitu "Mixer" dan 'Sewing Machine" yang sudah lama aku pasang angan mau beli. Alhamdulillah. Walaupun untung kecil sahaja tapi masih mampu beli hadiah untuk diri sendiri. Nampak sangat perbezaan berbanding masa kerja makan gaji dulu. 

Baru 1 bulan aku memulakan bisnes secara sepenuh masa. Dan untuk permulaan ni, aku jadi reseller untuk laptop mini. Biarlah bermula dari bawah. Biarlah bermula dari sekecil-kecil keuntungan. Yang penting apa yang ingin dicapai dari permulaan tersebut. 

Aku sebenarnya berniat untuk berjualan makanan. Mungkin buat masa ni aku akan bermula dari rumah sahaja memandangkan tiada kenderaan sendiri dan belum mampu untuk set up gerai. Dan sudah tentu la aku fokuskan untuk jual DESSERTS, my obsession. teehee :)

Semoga niat aku untuk mencari rezeki yang halal melalui perniagaan dipermudahkan  dan diredhai Allah SWT. Semoga aku terus istiqamah dan lebih tabah walau apa pun dugaan mendatang. Amin...... 

No comments:

Post a Comment

Bachelor of Administrative Science (Hons)

Daisypath Graduation tickers