21 April 2012

Ku Pilih Hatimu...



Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku....

Benar...

Tidak akan ada seorang pun manusia yang mampu betul2 memahami apa yang kita lalui tanpa perlu membebankan lagi bebanan perasaan yang kita alami. Manusia cuma mampu mentafsir di batas pemikiran yang menjauhi keburukan... cuma reti menghakimi apa yang tersurat tanpa cuba menyelidik segala yang tersirat... cuma ingin memahami apa yang ingin difahami sahaja. walhal aku, dia, kau, kamu, mereka...kita semua sama sahaja. cuma hambaNya yang takkan mampu lepas dari melakukan kesilapan dan tentu saja menggalas bermacam bentuk kelemahan. 

Aku buat keputusan bukan kerana terlalu ikutkan hati. bukan juga kerana terlalu turutkan emosi semata-mata. tapi aku menilai dari mata hati. bukan dari mata kasar semata-mata. biarla buruk di mata orang, asal aku sendiri pasti dengan keputusan yang aku sendiri buat. andai ditakdirkan penyesalan bertandang kelak, setidaknya aku tidak melibatkan sesiapa atau membebani perasaan sesiapa. aku tidak pernah menolak, jauh sekali meminggirkan sesiapa dari hidup aku. cuma aku harap siapa pun kamu tolongla mengerti. kadangkala ada sesuatu perkara terlalu berat untuk dibahaskan apatah lagi untuk dikongsi dengan orang lain. biarlah aku berkongsi dan mengadu rasa denganNya sahaja. cuma Dia yang lebih memahami, lebih mengerti dan lebih mengetahui apa yang tersirat di dalam hati ini.....

No comments:

Post a Comment

Bachelor of Administrative Science (Hons)

Daisypath Graduation tickers