Jangan kuat mengeluh pada setiap dugaan atau cabaran yang dihadapi. Semakin Tuhan sayangkan kita, semakin banyak dugaan atau cabaran yang Dia berikan untuk melihat sejauh mana kita mampu bersabar dengan bebanan dugaan atau cabaran itu. Atau mungkin juga Dia memberikan ujian yang berat untuk menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian, sama ada yang kita sedar atau tidak.
Jangan selalu anggap diri kita lebih bermasalah dari orang lain. Jangan jadikan dugaan atau cabaran sebagai alasan untuk kita meletakkan pemberat pada tahap kesusahan dan sesuka hati membuat perbandingan. Bila kita sendiri tidak akan mampu memahami apa yang dihadapi oleh orang lain, bagaimana mungkin kita mahu orang lain memahami apa yang kita hadapi? usah meminta, usah mengharap pengertian orang lain. Adakalanya apa yang kita hadapi lebih baik disimpan sendiri dari diluah. Cukupla hanya Allah yang maha mengetahui dan memahami apa yang sedang kita hadapi.
Walau berat mana pun dugaan yang terpaksa dihadapi, bersabarla. Walau perit untuk diterima, bersabarla. Walau airmata berlinangan tanpa dipinta, bersabarla. Walau amarah cuba menyelubungi diri, bersabarla. Bersabarla sebab di setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmahnya tersendiri. Dan di setiap sesuatu kesusahan pasti akan ada kesenangan.
:)




No comments:
Post a Comment